Camping dot dot




14/1/2015
9.02 PM

Hye ^_^

Hello bloggers sekalian alam. Dah lama Mieyra tak menjejakkan kaki ke sini. Ehh ! Kaki ke ? Kaki aku sekarang nie kat lantai.. Err~ Krikk krikk krikk. Puncline tak mengena ~,~

So here i am. Di depan laptop kesayangan jari jemari yang halus lembut nie tengah menari-nari di atas keyboard setelah seminggu tidak menari sedemikian. Biasa lahh kan. Seminggu tak bukak sebab ya. I'm the busy person here. Busy dengan kelas, busy dengan assignment n so on. Alahh ! Biasa lahh tue. Student kan. Sudah biasa update blog seminggu sekali. Kepada bloggers yang baru follow tue, blog nie masih active. Cuma empunya blog nie saje yang passive. Hahahaha

Dalam entry yang sebelum nie pun dah banyak kali Mieyra tulis yang kelas Mieyra setiap minggu memang pack macam sardin. Terutama setiap hari selasa n rabu. Rasa macam kalau boleh dalam seminggu dah tak nak lalui hari tue.

__________________________________________

 Tapi dalam banyak-banyak minggu, entah kenapa Mieyra rasa minggu nie lahh yang paling memenatkan bagi Mieyra. Huh ! Memang penatnya tak boleh nak bagitahu kat orang. Serius ! Start hari Selasa lagi kelas pagi sampai petang. Petang tue buat experiment yang memeningkan kepala hotak aku dengan pelbagai jenis kimia dalam lab tue. Habis lab pergi kor pulak sampai lahh pukul 7. Malam tue berhajat nak buat lab report, siapkan awal2 supaya tak susah kemudian hari tapi tak tercapai sebabnya ... Mieyra kena bincang tentang final semester projek. Nak bincang tue bukan senang nak habak maii. Bincang punya bincang sampai lahh pukul 12 lebih then tido lahh.

Hari rabu pulakk kelas pack jugak pagi sampai petang. Jam 5 lebih baru habis kelas. Paling tak best bila projek yang kitorang bincangkan malam tue, bila bagitahu kat lecturer dia macam tak suka dengan pendapat kitorang. Sekarang Mieyra faham lahh macam mana perasaan student yang projeknya kena reject. Memang stress gila beb nak pikir projek lain pulak. But, everything going ok. Even know projek tue kena reject.

Hari nie pulak bersamaan hari khamis kelas Mieyra habis pukul 2. Nak balik bilik tue punya lahh susah redah hujan bagai. Berbasahan lahh daku terkena titisan-titisan air hujan itu. Sampai bilik mandi then keluar pulak pergi beli barang dengan gang2 Mieyra. Membeli barang tue bukan sekejap ye tuan2 dan puan2 sekalian. Tambah2 pulakk kalau dengan perempuan. Memang agak lama lahh ! Lebih kurang 6 lebih baru sampai bilik then sampai lahh sekarang. 

________________________________________

Nampak tak sepanjang tiga hari termasuk hari nie dah boleh buat satu essay cerita. Hahaha. Mieyra memang agak letih. Tapi aku gagahkan jua jari-jari ini untuk menaip. Lepas nie, akan ku layari bahtera mimpi-mimpi nan indah memandangkan aku takde kelas esok hari. Yuhuuu !

Cerita pasal membeli barang tue kan. Tujuan kitorang keluar tadi bukan untuk enjoy ke ape. Tadi Mieyra keluar pergi beli barang untuk pergi camping hujung bulan nie. Yup, camping. It is under kor so kitorang wajib pergi camping tue. It is for our carry marks for this semester. Tima mula-mula jurulatih sebut pasal camping tue dah rasa macam errr.. Lagi-lagi bila sebut camping dalam hutan. Berkawan dengan KERAni bagai. You get me right ? Mieyra tarik nafas panjang kerana tue. 


Yup, bagi setengah orang dia suka dengan benda alah nie. Suka dengan aktiviti lasak macam nie. Suka naik turun bukit panjat sana lompat dalam air bagai. Yup, i admit that is such a fun outdoors activities. Mieyra pun suka tengok variety show korea tue tajuk dia "Lost of the jungle" yang diorang masuk hutan tue. Fun sangat. Tapi Mieyra suka tengok jehh. Mieyra tak suka alaminya sendiri.

 Bagi korang yang baca nie mesti akan fikir yang Mieyra nie kolot lahh ape lahh. Tapi memang itu sifat Mieyra. Lantak p lahh depa nak kata apa. Tapi Mieyra memang tak suka masuk hutan. Sebab Mieyra nie mudah sakit. Mieyra ada migrain, Mieyra ada gastrik. Kadang2 penyakit Mieyra nie datang tak menentu tau. Kalau dia datang memang rasa nak pitam lahh ape lahh. Bukan Mieyra tak suka camping. Tapi disebabkan Mieyra mudah sakit Mieyra tak boleh aktif macam orang lain. 

Nak tak nak kena jugak pergi camping tue. Mieyra berharap pada ubat yang doktor bagi kat Mieyra jehh. Hope everything gonna be alright. I just hope that it will be the best camping ever. 

Terima kasih yang sudi follow blog Mieyra. Nanti Mieyra akan membalas kunjungan kalian. Kalau boleh klikk lahh nuffang sekali ye ^^ Hehehe


Kbaii :)

2 comments:

Anis Khalilah said...

Good Luck untuk camping. Chaiyok chaiyok! :)

Aqilah Azmi said...

I NEVER WENT TO CAMP :(
sedih kan hahahaha. dasar gemuk sungguh la qila ni.
parok la :( hahaha.


Fighting wak <3
u can do it ok? <3 hugs!

Post a Comment