Chowrasta

2/12/2015
7.20 PM
Hye ^_^


Bagi Mieyra ambik nafas jap.. *Tarik nafas.. Hembus


Actually, dua tiga hari nie Mieyra be such a very very busy person. Jadual kelas Mieyra untuk semester nie takde lahh pack sangat tapi rasa macam pack jehh. Tak sempat nak breakfast n lunch doe. Kau rasa? Pagi pagi bangun mandi then siap siap nak g kelas. Kalau sempat Mieyra grab biskut dua tiga keping then makan dalam kelas jeh. Kalah vvip busynya kan ? Tapi.. Sebab Mieyra rindu blog nie ku gagahkan jua membukaknya.


Bukan tue yang Mieyra nak habakk kat hangpa semua. There is another interesting story i want to tell in this entry. Baca betul betul ya !


Semalam Uitm Permatang Pauh buat panggung wayang film Chowrasta. Haa ! Menarik tak ? Panggung wayang nie diorang buat kat dewan besar Uitm PP. So, Mieyra and gang2 Bertam nie terpaksa berangkut nak pergi sana. Semalam habis jeh kokurikulum dalam pukul 6.30 pm macam tue Mieyra terus balik bilik tukar baju bagai *Takkan nak pakai baju kor pergi tengok wayang kan? Naik bas, lebih kurang pukul 7.30 pm sampai Uitm PP. Then rush pulak lahh kat situ pergi masjid sebab nak solat maghrib. After that pergi kat Dewan Besar dalam keadaan hujan yang membasahi bumi n membasahi baju Mieyra. Memang malang sangat nasib Mieyra T_T



Sampai depan Dewan Besar tue beratur nak masuk dalam tuhh. Dah masuk.. Pilih tempat. Mieyra and the gang dapat seat kat depan. Gumbira laa jugakk. yuhuuu ! Dalam setengah jam lepas tue, film tue dimainkan. Yang paling penting, kitorang dapat tengok film bersama dengan pelakonnya. Waa. First time tengok panggung dengan pelakon. Hehehe ~~

Ape yang Mieyra boleh komen pasal film nie.. Film nie memang terbaiikk boh ! Film nie bukan sebarang film tau. For information, film nie ialah keluaran Uitm mengisahkan kisah benar kehidupan Naib Canselor Uitm ini sendiri yang ingin mengubah destini hidup anak bangsa. Sebab tue, cerita nie sesuai untuk ditonton oleh pelajar terutama pelajar Uitm. After watched this film, Mieyra rasa bangga menjadi salah seorang anak didik Uitm. 



Yang kat atas nie ialah picture selepas habis tengok cerita tue. With the hero of the story. Mieyra yang paling pendek kat belakang tu haa. Susah jadi orang pendek nie, nak ambik gambar nampak muka jehh. Sodih denn ~,~

Bagi yang nak tengok film nie boleh lahh terjah panggung di berhampiran anda pada 3 Disember 2015 ye ! Pelajar Uitm diberi keutamaan untuk tonton film nie sebab tue boleh tengok awal hehehe..

Owh ! Sebelum Mieyra terlupa, kat bawah nie adalah sinopsis film tersebut. Korang boleh baca untuk tahu lebih lanjut. Sumber dari Pak Cik Google jehh .. 
Filem Chowrasta ini mengisahkan perjuangan mengubah destini seorang anak melayu bernama Hamid yang lahir di dalam kemiskinan. Peluang pekerjaan  yang terhad, tahap pendidikan anak melayu yang rendah dan negara yang menghadapi bahang 13 Mei 1969 menyebabkan manusia berjuang untuk mendapatkan sesuap nasi walaupun terpaksa meminta-minta. Kemiskinan mengajar Hamid untuk memperbaiki diri, bercita-cita tinggi, membakar jiwa dan semangat sehingga menjadi salah seorang anak bangsa yang berjaya.
Beliau yang berjaya merempuh onak dan duri akhirnya berjaya membawa diri dan keluarganya keluar dari kepompong kemiskinan. Sejak itu, beliau tekad untuk membantu mencorak dan memartabatkan destini anak bangsa menerusi Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Kisah suka duka, pengorbanan, cita-cita, kecekalan, kepercayaan, rintangan, ketegasan, perjuangan, semangat dan kejayaan ini diharapkan menjadi panduan, harapan dan pembakar semangat dalam melahirkan Anak Bangsa ke arah pembangunan diri, ilmu pengetahuan, memajukan masyarakat, cintakan budaya dan bangsa serta cintakan negara.
Kbaii :)

3 comments:

Sheila Adziz said...

tgk filem ni kat uitm baru best.... br rasa student uitm kan sis....

Sabrina SA said...

wahhh macam best lah kak mira!! best nya awal2 lagi dah dapat snap pic dengan pelakon dia T--T

Ainur Athikah said...

Wow, bestnya dapat tengok dulu.:) Hahaha...

Post a Comment