Chapter 6 : Adios Anatomy !!


15/11/2015
11.00 PM

Hye ^_^

First time update kan blog di tengah malam membuta nih. Maklumlah mata nie mogok tak mau tido sebab tadi dh jadi sleeping beauty yang agak lama. Makan terlampau banyak n tido pun banyak. Mau tak chubby aku. Rasa takut pulak nak check berat badan nie. Kalau betul betul naik pengsan lahh i. Hadoiii..

So, sebab mata nih mogok Mieyra pulak mengambil mood malam membuta nie nak buat entry. Okeh, entry Mieyra kali nie nak tau nak cakap bende sebenarnya. Tapi tengok title yang terpacak kat atas nih pun dah tahu kan.

As you all know, or some of you might don't know. Haritu result exam semester 1 Mieyra dah pun keluar ? N result nya ? Jeng jeng jeng.. Suspen tak suspen tak ? Hahahaha

Ermm, result Mieyra ok sebenarnya. Malah kalau Mieyra bagitahu pointer Mieyra pun korang mesti akan cakap "Alah, ok lahh dapat tuuttt". Tapi bagi Mieyra, Mieyra tak berapa sangat puas hati. Because i know that i can do better. Tapi Mieyra mengaku lahh semester nihh Mieyra banyak main main. Tengok cerita dalam lappy sedangkn keesokkannya exam. Yup, banyak sangat main sebab tu Mieyra dapat pointer rendah sikit. Takpe, sebagai pengajaran jugak untuk Mieyra kan? Kalau lahh Mieyra boleh tinggalkan sifat malas Mieyra nie kat rumah je. Tak payah bawak pergi Bertam kan best. Hahaha

But Mieyra still bersyukur dengan result tu. Sekurang kurangnya Mieyra takde repeat. Yeahhh ! Feeling yang tak kena repeat tu lahh yang paling best. Rasa nak terloncat loncat macam bunny jeh. Hehehe. 

Sebelum result keluar Mieyra nervous tahap dewi ketujuh bak hang. Memang tak senang duduk time tuh. Sebab i was so scared if i gonna repeat the anatomy subjek. Bila result keluar n Mieyra tak perlu repeat anatomy i felt like wow ! Ohsem gilahh ! Alhamdulillah. N perasaan tu semakin menjadi jadi bila Mieyra tahu Mieyra tak perlu repeat. Wohoo !

Kalau korang nak tahu, dalam bertimbun subjek yang Mieyra study tue, anatomy is the most killer subject bagi Mieyra. *Walaupun carry mark and final exam chemistry Mieyra yang paling tercorot n rendah


Nak tahu kenapa Mieyra kabo anatomy killer subjek? Haa ! tu yang nak habak nie korang dengaq sat noh ! 

Subjek anatomy yang Mieyra study nie just basic je. Basic pun kena study 14 chapter bak hang. 14 chapter tu boleh krem otak aku nih kejap. Subjek menghafal macam anatomy nii mmg Mieyra minat tapi kalau dah 14 chapter kena study dalam masa 2 or 3 hari korang rase ? Storage kat otak Mieyra terlampau overload dh time tu. Rase macam kena clear memori yang lain baru boleh buat masuk memori yang baru. Hahaha. Time tu jugak lahh Mieyra buat kerja yang tak berapa nak betul sikit. Ape yang Mieyra buat? Heee ...

Malam sebelum final anatomy tu, Mieyra memang takleh nak study dalam bilik. So boleh pulak kawan Mieyra ajak study kat jalan raya kat luar nuh? Bukan ke kerja gila namanya tu? Hahaha. Tapi Mieyra setuju jugak. So study lahh kitorang di tengah2 jalan raya malam tuh. Tapi korang jangan salah faham, jalan raya tuh tepi kolej je bermaksud takde kereta pun nak lalu kawasan tu. Tapi best ahh study in the middle of the road gitu. Dengan angin sepoi sepoi bahasa. Lain kali tak buat dh. Hahaha.

Time dalam dewan exam tuh, Mieyra confident giler giler jawab soalan anatomy tuh. Tup tup Mieyra keluar je dewan soalan yang Mieyra confident teramat sangat jawab tu salah. Mieyra rasa nak kunyah je kertas soalan anatomy tuh. 14 marks Mieyra hilang ko rasa? Mmg tak senang duduk time tu. Tapi sekarang ya rasa bersyukur sangat tak perlu jumpa anatomy sampai bila2. Gonna say bye bye to anatomy. We breaks here. I'm not going to couple with you anymore hahaha !

So, tu lahh story antara Mieyra n encik anatomy untuk satu semester. Nampak tak berapa nk ngam sangat kan 'relasionship' kitorang?

Kbaii :)

No comments:

Post a Comment