Chapter 4 : Fly To Langkawi #ThrowbackPart2

10/11/2015
10.00 PM
Hye ^_^

Hello uollss ! Lama tak mengupdate blog kan? Baru tiga hari dah cakap lama. Hahaha. Mieyra busy sikit dua tiga hari nie. Cehh. Busy lahh sangat ann. Tak de lahh busy sangat actually. Just banyak kerja rumah nak kena buat plus line internet kat rumah Mieyra nie problem siked. Kalau line problem nk update pun jadi malas. 

Okeh, Mieyra rasa entry kali nie Mieyra nak sambung story Mieyra yang hari tu lahh. Boleh ann? Hahahaha. Bagi yang tak tahu, entry kali nie sambungan dari entry INI. Boleh baca entry tu dulu kalau tak, tak tahu story laa korang. Cehh, ade ke yang nak baca story Mieyra nie. Hahaha. Mieyra nie perasan je lebih :p

Where do i start erkk ? Ermm, owh. Okeh. Yang the next day tu ann? Hahaha. Next day, maksudnya hari kedua Mieyra kat Langkawi tu, kitorang bangun awal. Bangun awal bukan nak siap2 sangat pun, bangun just nak sembahyang subuh. Then, ade je yang siap awal lepas tu tido balik. The rest, lepas sembahyang subuh tu tido kejap lepas tu bangun siap2. Penat sangat tu. Hahaha. 

Cu teka kitorang pergi mane untuk hari kedua di Langkawi nie? Takk lehh jawab ann? Huhuhu. Kitorang pergi Island Hoping. Kalau korang datang Langkawi nie korang mesti harus wajib datang situ. Sebab korang boleh teroka macam2 pulau yang ada kat situ. Mieyra tak pernah tahu pun 'kewujudan' Island Hopping nie. Mula2 tu Mieyra ingat 'Island Shopping'. Kawan Mieyra yang perbetulkan balik. Hahaha. Memang kelakar lahh !

Bagi korang yang tak faham ape itu Island Hopping, mehh nak kabo. Island Hopping nie macam kite pergi satu pulau ke satu pulau yang lain. Sebab tu namanya "Island Hopping". Seolah olah kite "hopping" dari satu pulau ke pulau tu. Nak pergi naik ape ye? Kena lompat ke? Hahaha. Nah ! tu yang best. Pergi sana naik speed boat. Mieyra tak pernah naik speed boat nie, kawan Mieyra tanya Mieyra "Weh, kau pernah naik tak bende nie?" Mieyra pun jawap laa "Tak pernah". Then, kawan Mieyra pun cakap "Nanti kau rase lahh". N i had feel it. Rase ape erkk? Hahaha, saje nk buat korang suspen. Dh name pun speed boat kan? Naik bende alahhh tu memang laju gilahhh ! Mula2 tu slow lagi, lps tengah2 lautkan tu memang korang rase lahh. Macam nk terbang pun ade. Hihihi


Yang kat atas nie gmbr time Mieyra n gang naik speed boat tu. Time nie, boat tu berhenti sebab nak tunjuk pulau yang ada kat situ. Kalau tak memang tak lehh nak selfie lahh, mahu terjunam telefon dalam air korang buat lahh. Hahaha. Please.. Just ignore my face. Macam muka tak mandi tapi kitorang mandi k. Muka nervous time tue. huhuhu*malu


Antara gambar pulau yang sempat kawan Mieyra snap. Cantik sangat.

First pulau kitorang pergi ialah Pulau Dayang Bunting, sampai sana kitorang ada sejam nak terokai Pulau tu. Lepas tu we had to move to another island. Kat Dayang Bunting ade ape erkk? Ade macam2. Yang penting sekali ade Cik Nyet kat situ. Banyak pulak tu. So boleh lahh say hello to them. 



Gambar yang nie pulakk, lepas kitorang penat hiking kat Dayang Bunting tu, ade tasik yang teramat sangat lahh cantik kat situ. Kitorang boleh je nk mandi ke ape but we prefer to rendam kaki sahaja. Boleh lahh buat hilang penat menghiking tu.



Lepas tu kitorang pergi ke pulau yang kedua pulak, Pulau nie Mieyra tak tau name dia ape. Tapi pulau yang kedua nie ade banyak sangat burung helang. Pak cik driver speed boat tu lempar ketulan ayam kat dalam air n burung helang tu pun turun ambik. Depan mata bohh ! Best gilerr dapat tengok burung helang yang real depan mata. Pulau yang ketiga pulak nama dia Beras Basah Island. Jangan tanya Mieyra kenapa dia buat nama macam tu sebab Mieyra tak tahu. Hehehe. Kat Pulau tu kalay korang nak mandi pantai pun boleh lahh. Sebab pantai dia bersih n cantik. Kitorang tak mandi pun..


Kitorang just selfie jerr.. Hehehe

After that kitorang balik ke jeti n going back to the hotel. Mandi, sembahyang n rehat kejap lepas tu kitorang pergi dekat underwater world. Tempat yang banyak species ikan tu. Yup, kat situ lah.





Banyak jugakk ikan kat situ. Tapi dalam banyak2 ikan, ikan piranha je takde. Mieyra cakap kat kawan Mieyra, kalau Mieyra tak jumpa ikan tu Mieyra tak nak balik tapi tak jumpa takkan nk dukk kat situ ann? Hahahah

After underwater tu, kitorang pergi kat beras terbakar, sejarah Langkawi tu kan. Sempat lahh tengok beras terbakar tu. Tapi gang Mieyra yang lain sibukk pilih baju. Mieyra just beli ubat gamat je yang umi Mieyra kirim kat Mieyra. Lepas tu Mieyra dukk dalam kereta sebab pening lalat kejap. Maklum lahh, first time naik speed boat tu ann n Mieyra nie jenis mabuk laut. Dukk dalam kereta pun seolah olah still dukk kat laut lagi. Huhuhu.

Next destination, sebab malam tu kitorang tak tau nak buat mende, kitorang just pergi tengok wayang yang ada kat situ. Cerita yang kitorang nak tengok tu pukul 9. So, sebelum tu kitorang sempat pergi beli coklat n gula2 sebagai ole ole nak buat balik. Satu tempat je yang femes jual bnyk jenis coklat n gula2 kat situ. Nama ape erkk ? Haji Ismail ke ape. Macam tu lahh. Coklat dia pun murah2. So, sape2 yang nak beli coklat kat Langkawi tu bolehh lahh pergi tempat tu.


 The last witch hunter. Movie yang Mieyra n gang tengok malam tu. After that kitorang balik hotel. Mandi, sembahyang n packing barang untuk balik. Biasa lahh, barang jadi banyak lahh sebab banyak sangat memborong kann. Beg Mieyra paling berat time timbang kat airport. Hahaha.


Pagi tu kitorang bangun, siap2 n check out from hotel. Kitorang sarapan dekat depan underwater tu. Makanan dia memang best. Nasi n banyak lauk n kuah boleh pilih. Harga pun berpatutan lahh. Cehh, terpromote pulak. After that kitorang pergi jalan2 keliling tempat tu since flight balik Kelantan pukul 12 tengah hari. Dalam pukul 11 lebih gitu kitorang pergi airport. Buat check in flight n balik Kelantan. Mieyra tido je dlm flight sebab teramat letih.





Say bai baii tu Langkawi. Cehh. Nampak tak muka sedih nak tinggalkn Langkawi tu? Huuhuh. Sampai rumah dalam pukul 2 terus mandi sembahyang n sambung tido. Adik2 Mieyra tak sabar nak tengok ole ole, Mieyra just biarkn je. Jahat nya. Hahahaha.


Okeh, yang nie antara tiket untuk masuk tempat tempat yang ada kat sana. Saje snap sebab nak buat kenangan. Hehehehe.

Tu saje entry Mieyra kali nie. Panjang berjela jela Mieyra berstory hope ada orang baca. Hehehehe.

Kbaiii :)

1 comment:

Melissa Muklis said...

bestnyaaa.. Lissa tak pernah island hopping. sebab memang duduk dekat pulau. haha nanti hop la pergi Labuan :D tapi labuan boring sikit. HAHAHA

Post a Comment